Jumaat, 24 April 2009

hanyalah epal merah..


tiada apa yg istimewa dgn aku
tiada apa yg hebat utk di berikan

hanyalah sekadar epal merah

yg tidak pernah mngukur

setinggi manakah epal merah ini
pada sebatang pokok,
berpaut pd dahan yg paling ataskah
atau..
sudah berada di antara
dahan-dahan yg rendah letaknya..
epal merah yg kadangnya gah dgn merah warnanya
boleh jadi pudar warnanya
dek panahan kotoran lumpur dan debu
namun setelah sekian masa kembali merah
disimbah taburan air hujan murni
begitulah diri ini
yg kadang-kalanya sedar akn cintaku...
...dan kadang-kala lupakan cinta-Nya..
bkn niat utk mempamer hebatnya karangku ini..
..di hadapan pencipta,
cuma hanya sbg coretan,
buat diriku yg bertatih,
supaya kekal bertatih...
utk mencintai..dicintai..dan terus bertatih..
meraih,
cinta-Nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan